Selasa, 20 Oktober 2009

Hari ni hari jadi Sufi

Hari ni hari jadi Sufi yg ke 4 tahun. Dah besar dah anak dara ku yg sorang tu. Tapi bangun pagi tadi tak sempat nak wish, Sufi masih tidor lagi. Semalam Sufi & Angah tidor lambat..menengok Ceria sampai tertidor-tidor kt depan tv. Rupa2nya Angah bawak keluar toto & tidur kt luar..Tidor la diorg 3 beradik kt luar.

Hari ni cadang nak beli kan kek tuk Sufi. Mak pulak suruh belikan baju Upin & Ipin tuk Sufi. Harap2 babah kuar awal la hari ni. Kali ni Ibu x la buat kek sendiri sebab kena hari kerja, klu hari cuti gagah gak ku buatkan kek tu. Takpe la kali ni kek kedai lak.

Malam tadi Syahmi demam & kembong perut. Pagi2 lagi aku dah suruh babah bawa Syahmi ke klinik supaya dapat pergi kerja dgn tepat tanpa perlu pergi lambat ke tempat kerja. Tadi Doktor berikan ubat demam, ubat angin & selsema (sebagai stok kt rumah sebab Syahmi x selsema). Sebelum ni Doktor pun dah pesan memang demam dia akan berulang jika ada orang lain yg demam juga dia akan mudah dpt jangkitan. Semalam pun Kak Ida ada beritahu Erika pun demam. Pagi tadi masa hantar Syahmi bertembung ngan Family Erika, mak dia pun beritahu yg Erika masih demam lagi. Kesian Kak Ida kena jaga anak2 tak sihat. Tapi nak buat cmner, aku dh banyak cuti ambik bulan ni. Terpaksa la. Cepat2 berikan ubat tuk pastikan demamnya x melarat lagi.

Harap2 hari ni Syahmi x demam lagi. Harap2 dapatla sambut hari jadi Sufi malam ni. Tahun depan Sufi dah bersekolah tadika, Angah pula darjah Satu, Kakak pula dah darjah Tiga. Macammana la nak handle diorang tu. Masing-masing liat nak bangun tidor..lagi satu babah dia juga...hurmmmm

Selasa, 15 September 2009

BERITA GEMBIRA

smlm pergi jumpe doktor...doktor beritahu berita gembira...shhhh surprise!!

Khamis, 20 Ogos 2009

Anak ku demam..

Baru 2 hari lepas Angah & Sufi demam, semalam Syahmi pula demam. Dah berjangkit dari kakak & abangnya tapi dia x selsema & batuk. Moga2 anak2 aku cepat sembuh & tak ada apa2 buruk yg berlaku.

" Ya Allah..aku membenteng diri dengan namaMu Tuhan yg mempunyai kemulian & kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata & alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang Hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Selasa, 18 Ogos 2009

Aku rasa sedh bila baca artikel ni..(T T)

skip to main skip to sidebar
Long Tambang Pulau Betong
“Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap kenikmatan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah”
Thursday, August 13, 2009

Kisah Bidaah H1N1: Bhg. 3

"Kisah Bidaah H1N1: Bhg. 3"
Mukadimah
Lahir sahaja seorang bayi di mukabumi ini, bahan pertama yang masuk ke dalam tubuhnya ialah susu ibu. Setiap ibu yang melahirkan akan dikurniakan susu ibu, sejenis zat ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana. Apa yang ada pada susu ibu sehinggakan setiap ibu manusia dan setiap ibu haiwan mamalia pun dikurniakan susu?
Bahan ke-2 yang masuk ke dalam tubuh bayi ialah vaksin (imunisasi bayi) sebaik sahaja lahir yang "diwajibkan" oleh WHO dan doktor-doktor yang diasuh mereka. Saya akan kembali kepada bab vaksin bayi ini di akhir entri.
Kita sudah lihat bagaimana anak lembu baru lahir terjelepuk (tidak mampu bangun) akan bangun sebaik sahaja menetek susu awal lembu. Ramai saintis yang mensyukuri susu awal lembu telah memformulasi susu awal lembu secara komersil.
Sebenarnya selain zat nutrien yang ada pada susu ibu (tak kiralah ibu manusia atau ibu haiwan mamalia) terdapat sesuatu yang lebih penting iaitu antigen melawan penyakit.
Maklumat Genetik Penyakit Manusia
Bayi yang baru dilahirkan bersifat suci dari pencemaran kimia, bakteria dan virus. Antibodi yang ada pada bayi hanyalah cukup untuk melawan kuman di dalam rahim. Antibodi untuk melawan penyakit-penyakit lain sudah dibekalkan tetapi belum diaktifkan.
Susu yang dipindahkan dari ibu kepada bayinya yang baru lahir mengandungi beberapa maklumat genetik (selain zat nutrien):-
Maklumat genetik mengenai penyakit-penyakit manusia yang pernah menyerang ibunya.
Virus dan bakteria "bergenetik manusia" yang dilemahkan oleh Tuhan supaya antibodi bayi dirangsang secara perlahan dan lengkap pada 2 tahun (tempoh 'confinement' bayi)
Antigen-antigen baru dari penyakit-penyakit manusia yang menyerang ibu dalam tempoh penyusuan (2 tahun).
Ketiga-tiga perpindahan maklumat diatas semuanya berasaskan genetik ibu yang berspesis manusia. Ini bermakna bahawa Tuhan telah mejadikan susu ibu "laku" dalam tempoh 2 tahun. Sekiranya penyusuan susu ibu diamalkan oleh setiap ibu di dunia, maka sepanjang tempoh 2 tahun, susu tepung (dari susu lembu) "tidak laku" kerana ianya hanya memindahkan maklumat genetik seekor lembu! Sedangkan bayi memerlukan maklumat genetik seorang manusia untuk "immune" kepada penyakit-penyakit dari spesis manusia. Virus dan bakteria pembawa penyakit dari spesis selain manusia dijadikan Tuhan supaya tidak menyerang manusia. Kutu lembu dan kutu kucing tidak dapat hidup atas kepala manusia, begitu jua dengan virus babi.
Konspirasi Susu Bayi
Tiada apa yang ada pada susu lembu kecuali protein, multi-vitamin dan rantaian genetik. Protein dan multi-vitamin perlu bagi perkembangan sel dan otak. Susu ibu juga ada protein dan multi-vitamin, kenapa pula bayi perlukannya dari lembu? Saya tidak bersetuju bayi menyusui susu lembu. Susu lembu dijadikan Tuhan untuk manusia dewasa dan bukannya untuk bayi.
Masalahnya ialah pengambilan susu lembu yang berterusan (selama 2 tahun) akan memindahkan sekali virus dan antigen dari lembu kepada bayi yang masih lemah antibodinya. Virus lembu ini tidak sesuai untuk menjangkiti tubuh bayi yang suci kerana kunci genetik manusia dan lembu tidak sama. Antigen yang datang dari susu lembu pula bertindak sebagai antiviral (mangga) untuk menangkis virus lembu (kunci). Maka bayi tidak mengidap sebarang penyakit yang berasal dari spesis lembu selagi virus dari lembu tidak bermutasi. Susu lembu pun dapat "laku" menjadikan susu ibu manusia "tidak laku". Ibu yang terpengaruh dengan konspirasi kapitalis penternak lembu dan pengilang susu lembu pun terpaksa berbelanja lebih membeli susu lembu sedangkan susu ibu adalah yang terbaik! Tahniah kepada ibu-ibu yang telah menyumbangkan kekayaan kepada taukeh lembu dan taukeh kilang susu. Susu bayi pun harganya lebih "istimewa" berbanding harga susu kanak-kanak meningkat dewasa. Sedarlah bahawa ini semua konspirasi manusia kapitalis barat yang hendak merosakkan dunia.
Mereka terlepas pandang (atau sengaja buat tak tahu?) bahawa virus dari lembu ini akan bermutasi menjadi bahaya kepada bayi tersebut tersebut apabila umurnya meningkat dewasa. Saya berani membidaahkan bahawa seseorang bayi yang tidak pernah mengambil susu lembu tidak akan dijangkiti penyakit-penyakit yang virusnya hanya menyerang lembu seperti Bovine Leukemia Virus (BLV), klik SINI dan klik SINI.
Virus BLV ini boleh menyebabkan leukemia dan barah payudara pada manusia dewasa. Kos perawatan leukemia dan barah payudara juga antara kos perawatan yang paling tinggi! Manusia masih beruntung kerana Penyakit Lembu Gila yang menyerang manusia disebabkan oleh spora (kulat) dari lembu dan bukannya oleh virus dari lembu. Siapakah yang lebih beruntung selain penternak lembu dan pengilang susu lembu?
Kita juga boleh buat eksperimen. Anak sulung kita susui dengan susu ibu semenjak lahir sehingga berumur 2 tahun. Anak kedua (mesti sama jantina dengan anak sulung) disusui susu lembu semenjak lahir sehingga berumur 2 tahun. Kita boleh nampak perbezaan tahap kesihatan mereka sehingga dewasa. Anak mana yang lebih mudah dihinggapi penyakit? Ujikaji ini tidak digalakkan kerana tidak adil bagi anak-anak kita. Ada sesiapa yang berani membuat eksperimen ke-2? Seorang diberi vaksin dan seorang lagi diharamkan vaksin ketika lahir? WHO mempunyai statistiknya.
Konspirasi Imunisasi Bayi
Sekarang saya kembali kepada imunisasi (vaksinasi) bayi. Bayi yang baru lahir "wajib" diberi suntikan. Bahan ke-2 yang masuk ke tubuh bayi selepas susu ibu ialah vaksin.
"Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan."-KKM
Kenyataan di atas dipetik dari Situs ini.
Rujuk jadual pada weblink di atas. Terdapat 10 jenis vaksin yang mengandungi virus dan bakteria yang "dilemahkan". Saya cabar mana-mana doktor yang berani mempertaruhkan kariernya mengatakan bahawa "virus dan bakteria yang "dilemahkan" ini tidak boleh mereplikasi dan bermutasi".
Kematian terbaru akibat H1N1 melibatkan bayi berumur 3 bulan (telah di beri vaksin semenjak lahir). Saya tidak hairan kenapa bayi tersebut dijangkiti H1N1 dan meninggal dunia sebab komplikasi, walaupun bayi tersebut tidak pernah memakan zat-zat genetik babi yang haram! Ketika umur bayi tersebut, 8 dos virus telah masuk ke tubuhnya! Rujuk jadual ke dua. Sekiranya bayi yang menjadi mangsa H1N1 tersebut tidak pernah mengambil sebarang vaksin (virus), barulah saya hairan kenapa virus H1N1 boleh menyerangnya!
Adakah susu lembu tepung untuk bayi dan imunisasi untuk bayi merupakan konspirasi dajjal untuk memusnahkan manusia di samping menguntungkan penternak lembu, pengilang susu lembu dan yang paling untung ialah pengeluar dadah kimia, vaksin dan antiviral? Cuba kira berapa banyak wang yang telah kita belanjakan untuk membeli ubat selsema, ubat batuk, antibiotik dalam setahun? Ini tidak termasuk lagi kos rawatan penyakit kronik (na 'udzubillah) seperti barah, jantung, buah pinggang, asthma, leukemia dan selsema babi.
Sebelum tahun 1800, adakah penyakit-penyakit kronik seperti sekarang? Mungkinkah manusia telah dibiakkan virus H1N1 semenjak ia lahir lagi dan menunggu sejenis makanan lain yang akan memetik suis mutasinya? French fries? Adakah penciptaan vaksin dan susu tepung merupakan konspirasi dajjal untuk melawan hukum kejadian Tuhan. Adakah mereka mahu mencabar Tuhan dengan menggantikan antigen asal manusia dengan antigen berasaskan babi? Berapa ramai tok nenek kita dahulu (yang tak pernah disuntik) boleh hidup sampai 100 tahun?
Pengharaman imunisasi bayi dan penggunaan antiviral akan menyebabkan kapitalis-kapitalis dajjal yang berselindung di sebalik WHO ini gulung tikar! Pilihan di tangan anda. Semoga bahan-bahan asing sebegini cepat hilang dari tubuh kita.
Firman Tuhan yang bermaksud,
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (QS. al-Baqarah 2:233)
"Hendaklah" pada baris awal ayat di atas merupakan suatu perintah Tuhan supaya ibu menyusu bayi baru lahir sehingga umur bayi 2 tahun. "Menderita kesengsaraan" bermakna ketidaksanggupan ibu menahan menyusui anaknya. "Menyapih" bermakna menyusu dari susu lembu. Bahawa ibu dibenarkan memberi susu lembu kepada anaknya lebih awal (sebelum bayi berumur 2 tahun) dan tidak ini berdosa selagi si ayah dan si ibu sama-sama bersetuju. Perintah ini cukup kuat untuk memfatwakan bahawa menyusui susu ibu begitu hampir kepada 'wajib' dan menyusui bayi dengan susu lembu itu 'makruh' atau tidak berdosa.
Sekianlah bidaah kali ini. Harap jangan percaya KECUALI ayat nyata kalimah Tuhan di atas saja (tulisan berwarna hijau) yang wajib kita percaya. Tulisan yang berwarna biru tu nak percaya?

Isnin, 3 Ogos 2009

Babah masuk wad

Hari ni Babah kena masuk wad untuk fisioterapinya. Kaki & tangannya masih kebas2. Tak pasti mengata, hari tu doctor dah scan, katanya tak ada apa2, luka pembedahan yg dulu tu dah ok. Jadi minggu lepas doc dah kasi cuti MC seminggu, disebabkan rasa kebasnya masih belum baik jadi babah terpaksa la ke wad tuk 4 hari ni, jadi malam ni aku kena gi wad la pulak...babah2, dah tau nak masuk wad tapi baju tak bawak, berus gigi tak bawak. Kena jugak laa ibu gi sepital tu...

Hepi besday Syahmi..














































Akhirnya berjaya juga sambut besday Syahmi..walaupun apa yang aku rancang x menjadi...terpaksa balik kg, jadi sambutan besday kt kg..mula2 rancang nak beli sate si bujut, pun x jadi pasal hari tu la pulak sibujut x menjual satenya hampeh...(satenya memang sedap kalah sate kajang).
Ini lah pertama kali aku buat kek berhias..hahahahaha...entah hape2 la rupanya.
Anak2 aku yg lain suka cuma Syahmi ajer tak suka makan..diluahkan semula. Agaknya dia x suka kek cokelat agaknya..walaubagaimanapun Hepi besday Syahmi..moga menjadi anak yg soleh..(hadiah tuk Syahmi nanti ibu beli yer)..

Jumaat, 31 Julai 2009

Esok Syahmi cukup setahun...

Akhirnya pada keesokan hari, Syahmi akan berusia setahun...Alhamdulillah, sehingga kini aku masih lagi mampu memberikan susu badanku kepada Syahmi..satu kejayaan tetapi masih ada lagi setahun untuk ditempuhi. Moga2 dapat aku teruskan penyusuan tersebut. Amin.

Perancangan untuk esok ini..mmmm tak tahu lagi. Mungkin aku buat kek sendiri & beli KFC ke. Buat sambutan untuk satu keluarga sahaja..minggu depan nak sambut harijadi Kakak pula yang ke 8 tahun, aku teringin juga nak buat cup cake & bagi pada kawan-kawan Kakak tapi takut tak sempat nak buat la pulak & takut cup cake x jadi , jadi benda lain pulak hehehehe...

mmmm..bercerita tentang harijadi anak, sampai harijadi sendiri pulak terlupa. Hari Ahad ini cukuplah usia ku 31 tahun.Kalau tahun lepas aku menyambutnya dihospital kerana melahirkan Syahmi tahun ni tak tau la kalau ada orang ingat Harijadi aku atau tidak.Ya Allah..usia ku sekarang dah banyak rupanya..rasa macam tak percaya pulak hihihihi. Banyak lagi yang aku kena fikirkan, aku belum bertemu kejayaan yang aku harap-harapkan, moga tahun yang mendatang ini Allah akan membuka lebih rezeki & membuka jalan untuk aku bertemu apa yang aku cita-citakan. InsyaAllah.

Khamis, 30 Julai 2009

Tipah tertipu...

Aku betul-betul rasa tertipu, walaupun ini bukan kali pertama aku rasa diri aku ditipu..tapi kali ini perasaan rasa tertipu itu dirasakan semakin terasa begitu kuat..naluri ini terasa begitu kuat peratusan ditipu itu. Dulu waktu aku terjumpa bukti diatas meja ku, tetapi waktu itu aku pendamkan sahaja walaupun diatas kertas itu seperti jelas mengatakan bahawa orang itu tidak tersenarai dalam kontrak..dan hari ini apabila aku secara halus cuba mencari jawapan..dan tidak semena-mena orang itu tidak dapat menjawab pertanyaan ku. Apakah jawapan "terpulang" yang dimaksudkan itu..dia telah meninggalkan sebuah teka-teki kepada aku. Adakah dia tidak rasa bersalah kerana selama ini dia telah kelentong aku hidup-hidup? Apakah kita ini yang sesama Muslim ini tidak ada rasa sedikit tanggungjawab untuk melindungi sesama sendiri dan tidak mementingkan diri sendiri? Sehingga sanggup berkomplot dengan orang lain supaya diri sendiri selamat? Bagaimana seseorang yang selalu dianggap bagus..sanggup melakukan perkara sebegitu? atau dia saja yang perasan diri dia bagus?

Seperkara lagi, ada juga seseorang yang begitu pandai memainkan kata-katanya seumpama.." Berak depan orang tapi buat tak tau pulak sapa punya taik tu"..hmmm...begitu la segelintir manusia, kadang-kadang begitu mudah mempermainkan orang lain.

Aku berharap orang-orang seperti mereka ini akan sedar bahawa mungkin mereka juga akan terima seperti mana yang aku terima sekarang. Dikala itu barulah mereka sedar bahawa mereka pernah melakukan perkara yang sama dan merasai peritnya perasaan mereka itu.

Aku cuma mahukan kebenaran yang hakiki..Cukuplah aku ditipu, aku akan buang perasaan ditipu itu walaupun terasa seperti dihiris dengan sembilu..tapi sekali ditipu, selama2nya akan aku ingat..takkan mudah aku nak percaya lagi. Sudah terpalit noda pada diri-diri mereka.

Rabu, 29 Julai 2009

Hari ni kakak pergi rombongan

Hari ni Kakak gi rombongan ke Zoo Safari Melaka..akhirnya tercapai gak impian dia nak gi zoo kat melaka tu. Masa kami sekeluarga pergi cuti2 Malaysia ke Melaka tak sempat nak pergi Zoo tu.Mmmm.,tak sabar nak dengar cerita dari Kakak..ok kita sambung esok.....!

30-7-09 Alamak semalam aku balik rumah jer tengok2 kakak dah terbungkang tidur. Penat sangatla tu maklumla seharian dah berjalan..balik karang la baru tanya apa citernya ke Melaka.

Selasa, 28 Julai 2009

Period sudah kembali!!

Alamak!! Malam tadi aku terkezut sekejap..pasal period aku telah kembali!!! Sudah lama sejak dari bersalin x datang period akhirnya hampir lagi semingggu tuk Syahmi berusia setahun period ku sudah datang, paling lama dalam sejarah hidup aku.

Masa Kakak dulu selepas bersalin period pertama datang setelah Kakak berusia 4 bulan, masa Angah & Kak Yang selepas pantang terus ada period pasal makan pil perancang kemudian Syahmi mencipta sejarah..pertama aku dapat susukan Syahmi dengan Susu badan selama hampir setahun (InsyaAllah akan diteruskan sehingga cukup 2 tahun), kedua memulakan solid food selambat yg mungkin (5.1 mths berbanding yg lain 2-3 bulan dah makan atas nasihat mak) & ketiga..datang period paling lambat iaitu hampir setahun selepas kelahiran.

Lunch for today : Nasi ayam bermadu



ha tu dia...lunch aku hari ni hehehehe( saat ku tulis kt sini nasi tu pun tengah diproses tuk menjadi t***. heheheh). Semalam aku teringat yang Kakak ada minta aku buat nasi ayam bila dah gaji. So balik dari kerja semalam terus beli bahan2..pukul 4 pagi bangun masak. Memang berbaloi la aku bangun sepagi begitu pasal bila Kakak tahu jer yang aku masak nasi ayam terus dia minta nak makan, selalu tak pernah sebelum gi sekolah dia makan sarapan siap minta tapau nak bawa kesekolah. hehehe.Siap pesan dengan Opah dia suruh simpan tuk dia tengahari nanti.

Isnin, 27 Julai 2009

Syahmi lagi....



Lunch bersama teman2 sepejabatku...








ha.....ini la teman2 ku di pejabat ni (yg melayu je la) hari Jumaat lepas kitorg gi makan kt restoren tu hehehehe...hampeh. Makan nasi lemak (pergh..regenya 16hinggit tu),ada kuih onde & popia seketul, air ais lemon tea. Sesaje nak cuba rasa makan kt Sister's Kitchen tu. Not bad la rasa nasi lemaknya.Ayam whole leg, itupun pasal ada kupon..mmm klu tak bertahun la aku nak makan kt situ. Baik la aku beli nasi lemak bungkus RM3.00 ajer lauk hayam...

Khamis, 23 Julai 2009

Beringat Selalu..

Aku belajar sesuatu hari ini. Sesuatu yang berkait rapat dengan peribadi seseorang. Bukan senang kita nak memberi kepuasaan kepada seseorang. Memerlukan penelitian & penghayatan yang extra dalam usaha untuk memenuhi standard tersebut. Tapi kadangkala kita terbabas juga kerana kita adalah manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan kerana kita adalah makhluk kerdil Yang Maha Esa. Walaubagaimanapun kita harus berusaha untuk memastikan setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah yang terbaik dari kita. Jangan kita anggap diri kita bagus. Walaupun kita tak melakukannya tapi jangan berkata "oh aku tidak melakukan ini, buat apa aku ambil peduli" jangan..jangan sesekali berkata begitu kerana kemudian hari kita tidak tahu samaada perkara tersebut akan berlaku pada kita. Sebaliknya kita harus berkata.."Oh..aku harus lebih berhati-hati supaya tidak berlaku perkara ini kepada ku..bagaimana aku dapat mengelaknya??" Tetapi ye la kitakan manusia segala kemungkinan ada, tapi orang yang meletakkan standard tu pun harus sedar dapatkah orang lain membuatnya sebagaimana yang aku mahukan ..mampukah mereka?? kerana kita adalah manusia bukan machine yang apabila diberikan arahan untuk keluarkan A akan keluarlah A..tapi kadang-kadang machine pun akan salah jika wayarnya short pula....

Ibu bapa, masyarakat mentor didik anak berbudi bahasa

bahasa

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

GENERASI muda perlu dididik bukan saja cemerlang dari segi pendidikan juga kepentingan sahsiah diri.
Generasi muda perlu diajar adab bertutur sejak kecil BUKAN mudah mendidik insan menjadi santun, tidak semudah menyampaikan ilmu di dalam bilik kuliah. Kalaupun boleh diajar, ia tidak cukup sekadar memberitahu, tetapi mesti dibimbing dan dilatih selain memerhati dan menghayati budaya dan adab diamalkan orang sekeliling. Selain itu kehendak dan keinginan seseorang membina sahsiah diri akan memudahkan pembentukan akhlak mulia kerana perubahan yang berlaku kerana ikhtiar sendiri lebih bermakna berbanding usaha dilakukan orang lain.


Kita maklumi bahawa setiap ibu bapa mendidik anak sedari kecil menjadi orang yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Orang yang merendah diri dan berhemah tinggi lebih mudah membimbing anak menjadi insan yang luhur hatinya kerana proses tarbiyah itu berlaku bukan hanya secara lisan, tetapi juga berterusan kerana ibu bapa menjadi mentor yang paling dekat di hati anak untuk dicontohi. Teladan diperoleh sejak awal proses pentarbiayahan sangat memberi makna kepada ingatan anak. Kata-kata yang baik didengari dari ibu bapa menjadi ikutan yang sebati dalam diri mereka, sekali gus membina asas komunikasi yang lembut dan santun dalam diri seseorang. Begitu juga jika sebaliknya, sumpah seranah, umpat keji dan maki hamun yang menjadi 'ulam' bicara sejak anak mula mengenali dunia menjadikan mereka terikut dengan kata sedemikian, malah tidak pula merasai satu kehinaan apabila keaiban saudara mukmin yang lain dijadikan topik bicara, malah berbangga menjadi penyampai namimah, atau adu domba.

Perantaraan komunikasi yang tiada batasan pada hari ini memungkinkan banyak budaya dan adab bertutur kata boleh dicontohi. Sebaik-baik bicara dari lidah ibu bapa dan guru yang didengari secara langsung mendidik golongan pelajar mencontohi tutur bicara yang baik, tetapi ia tidak menjamin seseorang itu terus istiqamah dalam zon yang baik jika masyarakat atau orang sekeliling menunjukkan teladan kata yang tidak molek. Ia menjadi satu cabaran yang besar kepada setiap ibu bapa dan pendidik pada hari ini untuk menunjukkan teladan yang baik kerana pada masa sama segelintir pelajar atau golongan muda sangat mudah terpengaruh dengan budaya hidup samseng, pembawaan cara 'moden' yang mengikut arus, sehingga mengetepikan adab sopan dalam pergaulan dan perkataan. Hakikatnya, seseorang yang memahami ajaran Islam tidak akan menjadikan kemampuan 'berkata-kata' yang dianugerahkan Allah SWT untuk mencaci dan mencela orang lain. Bahkan mengerti bahawa perbuatan itu adalah satu bentuk kefasikan yang akan merosakkan peribadi seorang Muslim yang menghambakan diri kepada Allah SWT, sebagaimana hadis Rasulullah SAW disepakat yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud RA mafhumnya: "Mencela orang Muslim adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekufuran". Adat kebiasaan menjadikan manusia alah pada bisanya. Sesuatu perkara yang aneh akan menjadi biasa jika dilakukan setiap hari, begitu jugalah perbuatan keji dan tutur kata kotor. Allah tidak menyukai orang yang melakukan perbuatan keji dan berkata jelik kerana ia menggambarkan bahawa hati dan perasaan makhluknya tidak mendapat hidayah rabbaniyah yang sepatutnya terbenam di dalam benak setiap orang Islam.

Meneladani Rasulullah yang baik dalam perbuatan dan ungkapan tentulah idaman setiap umat baginda termasuk kita. Baginda tidak pernah menyakitkan hati orang lain ataupun mencemarkan kehormatannya dengan tutur kata yang tidak sopan walaupun terhadap musuhnya dan musuh Allah SWT. Ia sesuai dengan tujuan baginda diutuskan ke dunia, iaitu sebagai rahmat ke atas sekalian alam dan bukan sebaliknya. Anas bin Malik r.a mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah memaki hamun, berkata-kata kotor atau mengherdik. Ketika hendak menegur, Baginda hanya mengatakan "Semoga dia memperbanyakkan sujud." (Hadis Riwayat Bukhari) Bahkan Abu Hurairah RA pernah meminta Rasulullah melaknati orang Musyrik, tetapi Baginda Rasulullah menjawab yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus bukan sebagai pelaknat, tetapi aku diutus sebagai rahmat." (Hadis Riwayat Muslim) Generasi muda hari ini perlu disedarkan berlemah lembut sesama insan, sama ada dalam perlakuan atau perkataan supaya akhlak Islam tidak dipersenda dan ditertawa.

Penulis adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Jumaat, 17 Julai 2009

Pesona Menyusui Anak


Fadilah Menyusui..

Rasulullah S.A.W bersabda,

"Apabila seorang wanita menyusui, maka setiap teguk daripada susunya, dia akan menerima pahala seakan-akan menghidupkan orang, dan apabila dia menyapih anaknya, maka para malaikat menepuk punggungnya dan berkata, "Selamat, semua dosamu yang telah lalu telah diampuni, sekarang mulailah lagi."

Khamis, 16 Julai 2009

Anak-anak ku yang tercinta


Anakku yang sulung..Siti Syuhaidah. Berumur 8 tahun, aku rasa dia lebih berminat belajar agama, jadi aku akan galakkan dia dan kalau boleh sampai jadi Ustazah ke. Jadi cikgu pun ok jugak pasal dia berminat macam tu. Bila bermain suka jadi Cikgu.

Gelaran dalam keluarga ialah Kakak, mula-mula kami nak panggil Kak Long atau Kak Yong tapi dia tak suka. Kakak ni bersuara lantang, paling suka ketawa kat rumah tu dialah..paling kuat sekali suara tu dialah, tapi kat sekolah pendiam. Itulah komen cikgu dia.



Ini anak kedua ku. Namanya Syazwi Salihin, berumur 6 tahun. Bersekolah di tadika Nur Ummi.Nama panggilan Anggah, Cikgu & kawan2 sekolah panggil Syazwi. Cita - cita besaaaaaar...nak jadi Angkasasawan..hahahaha sebut pun salah. Apa-apa pun aku tetap galakkan juga. Setiap pertanyaan nya mengenai angkasa kucuba juga carikan jawapannya. Angah suka sangat bertanya, mulut dia je becok bertanya itu ini..kadang2 tak larat nak jawab. Tapi itu bagus sebab dia nak develop pengetahuan dia.




Ini pula anakku nombor 3. Sufi Suhana namanya. Baru berusia 4 tahun. Perwatakannya sangat lasak. Kalau tiang buaian kat taman permainan tu selamba je dia panjat sampai atas dan tak takut. Anakku ini memang lasak sangat terutama masa dia berumur 3 tahun dahulu. Pantang buka pintu mesti dia nak keluar. Kalau dah keluar payah la pulak nak masuk. Kalau pergi ke pasaraya,...mmm tak tau la dah berapa kali hilang..jumpa..hilang.. jumpa. Tapi alhamdulillah jumpa balik lepas tu. Memang aku selalu risaukan Sufi ni pasal kelasakannya tu. Sekarang Alhamdulillah dah kurang sikit lasaknya, tapi suka pulak pukul kakak dan abangnya. Kadang-kadang baby pun jadi mangsa. Satu lagi kelebihan Sufi ni ialah dia cepat mengingat apa yang kita ajar. Masa umur 2 thn dah tahu sebut parts of body in English. mouth..eyes..nose. Semua dia dapat. Padahal kita tak ajar dia pun cuma selalu sebut-sebut pada dia, dan dengan sendiri dia akan sebut. Kalau ABC tu pun dia tak belajar dari kita, dia belajar dari VCD. Setiap kali lepas menonton (tapi banyak kali sampai satu hari je dah lingkup CD tu) terus dapat mengingat apa yg didengar & lihat tadi. Tahun depan (2010) dia akan masuk sekolah tadika 5 tahun.

Syahmiku

Khamis, 5 Februari 2009

SYAHMI SOLID FOOD

Sabtu (10/1/09)

Genap 5 bulan dan 10 hari Ibu dah beri Syahmi makan. Makanan pertama Syahmi ialah bubur nasi. Ibu ikut cara Auntie Aisyah (kawan online Ibu) iaitu Ibu basuh dulu beras, keringkan dan baru Ibu blend. Masak ikut nak makan sahaja. So hari tu Ibu bagi Syahmi makan dalam pukul 4.00 petang. Boleh dikatakan licin tapi Ibu tak boleh kasi lebih-lebih kerana ini baru makanan pengenalan kepada Syahmi.

Ahad (11/1/09)

Hari ini juga Ibu beri Syahmi makan bubur yang sama seperti semalamnya..(disimpan dalam peti ais) Penerimaan Syahmi juga seperti semalam tidak menolak dan suka2 lagi. Kalau kita beri suap lambat2 kat mulutnya mesti Syahmi marah2. Sabar sayang...nanti tercekik pulak.

Malamnya pula Ibu sediakan bubur nasi untuk 3 hari berikutnay. (lebih baki beras yang ibu blend kering kelmarin). Kali ini Ibu masak lama sedikit. Dapatlah dalam 8 tiub (untuk 4 hari berikutnya)

Ibu intro nasi pada Syahmi 4 hari berturut2 tanpa lain2 makanan.

Isnin (12/1/09)

Ibu serahkan bubur tu pada Mak Ida & reaction dia macam terperanjat pulak. Ibu bekalkan 2 tiub (1 pagi & 1 petang). Susu BM pula ibu bekalkan 4 (3oz each). Bila Ibu balik dari opis saja terus Ibu tanya Opah bubur habis ke? Opah cakap licin dan susu ada extra satu. Alhamdulillah cukup bekalan.

Khamis (16/1/09)

Hari ini Ibu prepare bubur nasi + sayur bayam (2 tiub)

Sepanjang Ibu dah intro makanan pada Syahmi ni, Ibu dah beri Syahmi makan :

- Nasi - Carrot - Pear
- Oats - Kurma - Tauhu lembut
- Bayam - Apple

Jumaat, 30 Januari 2009

Anakku Syahmi Saifullah



Anakku Syahmi Saifullah,

Ibu rasa bangga dapat melahirkan mu..walaupun keluarga kita digoyah dengan dugaan..dimana babahmu sayang..baru sahaja mengalami kemalangan & terpaksa menghadapi pembedahan di lehernya. Babah tidak berkerja selama 6 bulan sayang..

Walaupun dalam kepayahan..Ibu tetap tabah menghadapinya..dalam kemelut kewangan yang tak menentu, Ibu terpaksa menghadkan perbelanjaan persediaan untuk menyambutmu sayang..

Ibu harap sayang Ibu mengerti akan kesusahan kita,

Ibu rasa dalam keluarga kita semua menanti kehadiran mu dengan gembira sekali, Kakak, Angah, Kak Yang, Opah, Nenek dan ramai lagi. Seperti yang Ibu jangkakan..Angahlah yang paling teruja sekali kerana mendapat adik lelaki seperti yang diidamkan dan Ibu pun menamakan sayang dengan nama "Syahmi Saifullah"..dan bertambah gembiralah Angah kerana nama "Syahmi" adalah cadangan dari Angah. Memang nama Syahmi itu dah berada dalam senarai nama anak Ibu..Alhamdulillah.

Sekalipun melahirkan Sayang amat terasa kepayahannya..tapi Ibu redha.Walaupun ketika itu Ibu tak pasti samada dapat melihat Sayang atau tidak kerana tuhan sahaja yang tahu kemungkinan yang akan berlaku.Alhamdulillah segalanya telah selamat dan Ibu telah melahirkanmu sayang dengan berat 3.2kg. (Baby Ibu yang terberat sekali). Rupamu sungguh indah Sayang, kulitmu putih, matamu sepet sedikit (tak seperti adik beradikmu yang lain).

Maafkan Ibu Sayang jika ketika Sayang berada dalam kandungan Ibu, Ibu tak dapat memberikan banyak khasiat padamu Sayang..kerana ketika itu keluarga kita dilanda masalah kewangan, jadi makan-minum Ibu pun tak berapa teratur..Ibu hanya mengharapkan pada pil vitamin yang Ibu ambil dari Klinik Kesihatan sahaja..Namun kini Ibu sangat berharap agar Sayang sentiasa mendapat khasiat yang sepenuhnya dari Susu Ibu dari badan Ibu Sayang. Ibu sentiasa berdoa agar dapat memberikan susu Ibu kepada Syahmi selama 2 tahun @ lebih dari itu, kerana Ibu mengharapkan agar Sayang mendapatkan yang terbaik dari Ibu. Sayang anak Ibu..Syahmi Saifullah....

Ibu