Khamis, 5 Februari 2009

SYAHMI SOLID FOOD

Sabtu (10/1/09)

Genap 5 bulan dan 10 hari Ibu dah beri Syahmi makan. Makanan pertama Syahmi ialah bubur nasi. Ibu ikut cara Auntie Aisyah (kawan online Ibu) iaitu Ibu basuh dulu beras, keringkan dan baru Ibu blend. Masak ikut nak makan sahaja. So hari tu Ibu bagi Syahmi makan dalam pukul 4.00 petang. Boleh dikatakan licin tapi Ibu tak boleh kasi lebih-lebih kerana ini baru makanan pengenalan kepada Syahmi.

Ahad (11/1/09)

Hari ini juga Ibu beri Syahmi makan bubur yang sama seperti semalamnya..(disimpan dalam peti ais) Penerimaan Syahmi juga seperti semalam tidak menolak dan suka2 lagi. Kalau kita beri suap lambat2 kat mulutnya mesti Syahmi marah2. Sabar sayang...nanti tercekik pulak.

Malamnya pula Ibu sediakan bubur nasi untuk 3 hari berikutnay. (lebih baki beras yang ibu blend kering kelmarin). Kali ini Ibu masak lama sedikit. Dapatlah dalam 8 tiub (untuk 4 hari berikutnya)

Ibu intro nasi pada Syahmi 4 hari berturut2 tanpa lain2 makanan.

Isnin (12/1/09)

Ibu serahkan bubur tu pada Mak Ida & reaction dia macam terperanjat pulak. Ibu bekalkan 2 tiub (1 pagi & 1 petang). Susu BM pula ibu bekalkan 4 (3oz each). Bila Ibu balik dari opis saja terus Ibu tanya Opah bubur habis ke? Opah cakap licin dan susu ada extra satu. Alhamdulillah cukup bekalan.

Khamis (16/1/09)

Hari ini Ibu prepare bubur nasi + sayur bayam (2 tiub)

Sepanjang Ibu dah intro makanan pada Syahmi ni, Ibu dah beri Syahmi makan :

- Nasi - Carrot - Pear
- Oats - Kurma - Tauhu lembut
- Bayam - Apple