Jumaat, 30 Januari 2009

Anakku Syahmi Saifullah



Anakku Syahmi Saifullah,

Ibu rasa bangga dapat melahirkan mu..walaupun keluarga kita digoyah dengan dugaan..dimana babahmu sayang..baru sahaja mengalami kemalangan & terpaksa menghadapi pembedahan di lehernya. Babah tidak berkerja selama 6 bulan sayang..

Walaupun dalam kepayahan..Ibu tetap tabah menghadapinya..dalam kemelut kewangan yang tak menentu, Ibu terpaksa menghadkan perbelanjaan persediaan untuk menyambutmu sayang..

Ibu harap sayang Ibu mengerti akan kesusahan kita,

Ibu rasa dalam keluarga kita semua menanti kehadiran mu dengan gembira sekali, Kakak, Angah, Kak Yang, Opah, Nenek dan ramai lagi. Seperti yang Ibu jangkakan..Angahlah yang paling teruja sekali kerana mendapat adik lelaki seperti yang diidamkan dan Ibu pun menamakan sayang dengan nama "Syahmi Saifullah"..dan bertambah gembiralah Angah kerana nama "Syahmi" adalah cadangan dari Angah. Memang nama Syahmi itu dah berada dalam senarai nama anak Ibu..Alhamdulillah.

Sekalipun melahirkan Sayang amat terasa kepayahannya..tapi Ibu redha.Walaupun ketika itu Ibu tak pasti samada dapat melihat Sayang atau tidak kerana tuhan sahaja yang tahu kemungkinan yang akan berlaku.Alhamdulillah segalanya telah selamat dan Ibu telah melahirkanmu sayang dengan berat 3.2kg. (Baby Ibu yang terberat sekali). Rupamu sungguh indah Sayang, kulitmu putih, matamu sepet sedikit (tak seperti adik beradikmu yang lain).

Maafkan Ibu Sayang jika ketika Sayang berada dalam kandungan Ibu, Ibu tak dapat memberikan banyak khasiat padamu Sayang..kerana ketika itu keluarga kita dilanda masalah kewangan, jadi makan-minum Ibu pun tak berapa teratur..Ibu hanya mengharapkan pada pil vitamin yang Ibu ambil dari Klinik Kesihatan sahaja..Namun kini Ibu sangat berharap agar Sayang sentiasa mendapat khasiat yang sepenuhnya dari Susu Ibu dari badan Ibu Sayang. Ibu sentiasa berdoa agar dapat memberikan susu Ibu kepada Syahmi selama 2 tahun @ lebih dari itu, kerana Ibu mengharapkan agar Sayang mendapatkan yang terbaik dari Ibu. Sayang anak Ibu..Syahmi Saifullah....

Ibu