Jumaat, 31 Julai 2009

Esok Syahmi cukup setahun...

Akhirnya pada keesokan hari, Syahmi akan berusia setahun...Alhamdulillah, sehingga kini aku masih lagi mampu memberikan susu badanku kepada Syahmi..satu kejayaan tetapi masih ada lagi setahun untuk ditempuhi. Moga2 dapat aku teruskan penyusuan tersebut. Amin.

Perancangan untuk esok ini..mmmm tak tahu lagi. Mungkin aku buat kek sendiri & beli KFC ke. Buat sambutan untuk satu keluarga sahaja..minggu depan nak sambut harijadi Kakak pula yang ke 8 tahun, aku teringin juga nak buat cup cake & bagi pada kawan-kawan Kakak tapi takut tak sempat nak buat la pulak & takut cup cake x jadi , jadi benda lain pulak hehehehe...

mmmm..bercerita tentang harijadi anak, sampai harijadi sendiri pulak terlupa. Hari Ahad ini cukuplah usia ku 31 tahun.Kalau tahun lepas aku menyambutnya dihospital kerana melahirkan Syahmi tahun ni tak tau la kalau ada orang ingat Harijadi aku atau tidak.Ya Allah..usia ku sekarang dah banyak rupanya..rasa macam tak percaya pulak hihihihi. Banyak lagi yang aku kena fikirkan, aku belum bertemu kejayaan yang aku harap-harapkan, moga tahun yang mendatang ini Allah akan membuka lebih rezeki & membuka jalan untuk aku bertemu apa yang aku cita-citakan. InsyaAllah.

Khamis, 30 Julai 2009

Tipah tertipu...

Aku betul-betul rasa tertipu, walaupun ini bukan kali pertama aku rasa diri aku ditipu..tapi kali ini perasaan rasa tertipu itu dirasakan semakin terasa begitu kuat..naluri ini terasa begitu kuat peratusan ditipu itu. Dulu waktu aku terjumpa bukti diatas meja ku, tetapi waktu itu aku pendamkan sahaja walaupun diatas kertas itu seperti jelas mengatakan bahawa orang itu tidak tersenarai dalam kontrak..dan hari ini apabila aku secara halus cuba mencari jawapan..dan tidak semena-mena orang itu tidak dapat menjawab pertanyaan ku. Apakah jawapan "terpulang" yang dimaksudkan itu..dia telah meninggalkan sebuah teka-teki kepada aku. Adakah dia tidak rasa bersalah kerana selama ini dia telah kelentong aku hidup-hidup? Apakah kita ini yang sesama Muslim ini tidak ada rasa sedikit tanggungjawab untuk melindungi sesama sendiri dan tidak mementingkan diri sendiri? Sehingga sanggup berkomplot dengan orang lain supaya diri sendiri selamat? Bagaimana seseorang yang selalu dianggap bagus..sanggup melakukan perkara sebegitu? atau dia saja yang perasan diri dia bagus?

Seperkara lagi, ada juga seseorang yang begitu pandai memainkan kata-katanya seumpama.." Berak depan orang tapi buat tak tau pulak sapa punya taik tu"..hmmm...begitu la segelintir manusia, kadang-kadang begitu mudah mempermainkan orang lain.

Aku berharap orang-orang seperti mereka ini akan sedar bahawa mungkin mereka juga akan terima seperti mana yang aku terima sekarang. Dikala itu barulah mereka sedar bahawa mereka pernah melakukan perkara yang sama dan merasai peritnya perasaan mereka itu.

Aku cuma mahukan kebenaran yang hakiki..Cukuplah aku ditipu, aku akan buang perasaan ditipu itu walaupun terasa seperti dihiris dengan sembilu..tapi sekali ditipu, selama2nya akan aku ingat..takkan mudah aku nak percaya lagi. Sudah terpalit noda pada diri-diri mereka.

Rabu, 29 Julai 2009

Hari ni kakak pergi rombongan

Hari ni Kakak gi rombongan ke Zoo Safari Melaka..akhirnya tercapai gak impian dia nak gi zoo kat melaka tu. Masa kami sekeluarga pergi cuti2 Malaysia ke Melaka tak sempat nak pergi Zoo tu.Mmmm.,tak sabar nak dengar cerita dari Kakak..ok kita sambung esok.....!

30-7-09 Alamak semalam aku balik rumah jer tengok2 kakak dah terbungkang tidur. Penat sangatla tu maklumla seharian dah berjalan..balik karang la baru tanya apa citernya ke Melaka.

Selasa, 28 Julai 2009

Period sudah kembali!!

Alamak!! Malam tadi aku terkezut sekejap..pasal period aku telah kembali!!! Sudah lama sejak dari bersalin x datang period akhirnya hampir lagi semingggu tuk Syahmi berusia setahun period ku sudah datang, paling lama dalam sejarah hidup aku.

Masa Kakak dulu selepas bersalin period pertama datang setelah Kakak berusia 4 bulan, masa Angah & Kak Yang selepas pantang terus ada period pasal makan pil perancang kemudian Syahmi mencipta sejarah..pertama aku dapat susukan Syahmi dengan Susu badan selama hampir setahun (InsyaAllah akan diteruskan sehingga cukup 2 tahun), kedua memulakan solid food selambat yg mungkin (5.1 mths berbanding yg lain 2-3 bulan dah makan atas nasihat mak) & ketiga..datang period paling lambat iaitu hampir setahun selepas kelahiran.

Lunch for today : Nasi ayam bermadu



ha tu dia...lunch aku hari ni hehehehe( saat ku tulis kt sini nasi tu pun tengah diproses tuk menjadi t***. heheheh). Semalam aku teringat yang Kakak ada minta aku buat nasi ayam bila dah gaji. So balik dari kerja semalam terus beli bahan2..pukul 4 pagi bangun masak. Memang berbaloi la aku bangun sepagi begitu pasal bila Kakak tahu jer yang aku masak nasi ayam terus dia minta nak makan, selalu tak pernah sebelum gi sekolah dia makan sarapan siap minta tapau nak bawa kesekolah. hehehe.Siap pesan dengan Opah dia suruh simpan tuk dia tengahari nanti.

Isnin, 27 Julai 2009

Syahmi lagi....



Lunch bersama teman2 sepejabatku...








ha.....ini la teman2 ku di pejabat ni (yg melayu je la) hari Jumaat lepas kitorg gi makan kt restoren tu hehehehe...hampeh. Makan nasi lemak (pergh..regenya 16hinggit tu),ada kuih onde & popia seketul, air ais lemon tea. Sesaje nak cuba rasa makan kt Sister's Kitchen tu. Not bad la rasa nasi lemaknya.Ayam whole leg, itupun pasal ada kupon..mmm klu tak bertahun la aku nak makan kt situ. Baik la aku beli nasi lemak bungkus RM3.00 ajer lauk hayam...

Khamis, 23 Julai 2009

Beringat Selalu..

Aku belajar sesuatu hari ini. Sesuatu yang berkait rapat dengan peribadi seseorang. Bukan senang kita nak memberi kepuasaan kepada seseorang. Memerlukan penelitian & penghayatan yang extra dalam usaha untuk memenuhi standard tersebut. Tapi kadangkala kita terbabas juga kerana kita adalah manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan kerana kita adalah makhluk kerdil Yang Maha Esa. Walaubagaimanapun kita harus berusaha untuk memastikan setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah yang terbaik dari kita. Jangan kita anggap diri kita bagus. Walaupun kita tak melakukannya tapi jangan berkata "oh aku tidak melakukan ini, buat apa aku ambil peduli" jangan..jangan sesekali berkata begitu kerana kemudian hari kita tidak tahu samaada perkara tersebut akan berlaku pada kita. Sebaliknya kita harus berkata.."Oh..aku harus lebih berhati-hati supaya tidak berlaku perkara ini kepada ku..bagaimana aku dapat mengelaknya??" Tetapi ye la kitakan manusia segala kemungkinan ada, tapi orang yang meletakkan standard tu pun harus sedar dapatkah orang lain membuatnya sebagaimana yang aku mahukan ..mampukah mereka?? kerana kita adalah manusia bukan machine yang apabila diberikan arahan untuk keluarkan A akan keluarlah A..tapi kadang-kadang machine pun akan salah jika wayarnya short pula....

Ibu bapa, masyarakat mentor didik anak berbudi bahasa

bahasa

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

GENERASI muda perlu dididik bukan saja cemerlang dari segi pendidikan juga kepentingan sahsiah diri.
Generasi muda perlu diajar adab bertutur sejak kecil BUKAN mudah mendidik insan menjadi santun, tidak semudah menyampaikan ilmu di dalam bilik kuliah. Kalaupun boleh diajar, ia tidak cukup sekadar memberitahu, tetapi mesti dibimbing dan dilatih selain memerhati dan menghayati budaya dan adab diamalkan orang sekeliling. Selain itu kehendak dan keinginan seseorang membina sahsiah diri akan memudahkan pembentukan akhlak mulia kerana perubahan yang berlaku kerana ikhtiar sendiri lebih bermakna berbanding usaha dilakukan orang lain.


Kita maklumi bahawa setiap ibu bapa mendidik anak sedari kecil menjadi orang yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Orang yang merendah diri dan berhemah tinggi lebih mudah membimbing anak menjadi insan yang luhur hatinya kerana proses tarbiyah itu berlaku bukan hanya secara lisan, tetapi juga berterusan kerana ibu bapa menjadi mentor yang paling dekat di hati anak untuk dicontohi. Teladan diperoleh sejak awal proses pentarbiayahan sangat memberi makna kepada ingatan anak. Kata-kata yang baik didengari dari ibu bapa menjadi ikutan yang sebati dalam diri mereka, sekali gus membina asas komunikasi yang lembut dan santun dalam diri seseorang. Begitu juga jika sebaliknya, sumpah seranah, umpat keji dan maki hamun yang menjadi 'ulam' bicara sejak anak mula mengenali dunia menjadikan mereka terikut dengan kata sedemikian, malah tidak pula merasai satu kehinaan apabila keaiban saudara mukmin yang lain dijadikan topik bicara, malah berbangga menjadi penyampai namimah, atau adu domba.

Perantaraan komunikasi yang tiada batasan pada hari ini memungkinkan banyak budaya dan adab bertutur kata boleh dicontohi. Sebaik-baik bicara dari lidah ibu bapa dan guru yang didengari secara langsung mendidik golongan pelajar mencontohi tutur bicara yang baik, tetapi ia tidak menjamin seseorang itu terus istiqamah dalam zon yang baik jika masyarakat atau orang sekeliling menunjukkan teladan kata yang tidak molek. Ia menjadi satu cabaran yang besar kepada setiap ibu bapa dan pendidik pada hari ini untuk menunjukkan teladan yang baik kerana pada masa sama segelintir pelajar atau golongan muda sangat mudah terpengaruh dengan budaya hidup samseng, pembawaan cara 'moden' yang mengikut arus, sehingga mengetepikan adab sopan dalam pergaulan dan perkataan. Hakikatnya, seseorang yang memahami ajaran Islam tidak akan menjadikan kemampuan 'berkata-kata' yang dianugerahkan Allah SWT untuk mencaci dan mencela orang lain. Bahkan mengerti bahawa perbuatan itu adalah satu bentuk kefasikan yang akan merosakkan peribadi seorang Muslim yang menghambakan diri kepada Allah SWT, sebagaimana hadis Rasulullah SAW disepakat yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud RA mafhumnya: "Mencela orang Muslim adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekufuran". Adat kebiasaan menjadikan manusia alah pada bisanya. Sesuatu perkara yang aneh akan menjadi biasa jika dilakukan setiap hari, begitu jugalah perbuatan keji dan tutur kata kotor. Allah tidak menyukai orang yang melakukan perbuatan keji dan berkata jelik kerana ia menggambarkan bahawa hati dan perasaan makhluknya tidak mendapat hidayah rabbaniyah yang sepatutnya terbenam di dalam benak setiap orang Islam.

Meneladani Rasulullah yang baik dalam perbuatan dan ungkapan tentulah idaman setiap umat baginda termasuk kita. Baginda tidak pernah menyakitkan hati orang lain ataupun mencemarkan kehormatannya dengan tutur kata yang tidak sopan walaupun terhadap musuhnya dan musuh Allah SWT. Ia sesuai dengan tujuan baginda diutuskan ke dunia, iaitu sebagai rahmat ke atas sekalian alam dan bukan sebaliknya. Anas bin Malik r.a mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah memaki hamun, berkata-kata kotor atau mengherdik. Ketika hendak menegur, Baginda hanya mengatakan "Semoga dia memperbanyakkan sujud." (Hadis Riwayat Bukhari) Bahkan Abu Hurairah RA pernah meminta Rasulullah melaknati orang Musyrik, tetapi Baginda Rasulullah menjawab yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus bukan sebagai pelaknat, tetapi aku diutus sebagai rahmat." (Hadis Riwayat Muslim) Generasi muda hari ini perlu disedarkan berlemah lembut sesama insan, sama ada dalam perlakuan atau perkataan supaya akhlak Islam tidak dipersenda dan ditertawa.

Penulis adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Jumaat, 17 Julai 2009

Pesona Menyusui Anak


Fadilah Menyusui..

Rasulullah S.A.W bersabda,

"Apabila seorang wanita menyusui, maka setiap teguk daripada susunya, dia akan menerima pahala seakan-akan menghidupkan orang, dan apabila dia menyapih anaknya, maka para malaikat menepuk punggungnya dan berkata, "Selamat, semua dosamu yang telah lalu telah diampuni, sekarang mulailah lagi."

Khamis, 16 Julai 2009

Anak-anak ku yang tercinta


Anakku yang sulung..Siti Syuhaidah. Berumur 8 tahun, aku rasa dia lebih berminat belajar agama, jadi aku akan galakkan dia dan kalau boleh sampai jadi Ustazah ke. Jadi cikgu pun ok jugak pasal dia berminat macam tu. Bila bermain suka jadi Cikgu.

Gelaran dalam keluarga ialah Kakak, mula-mula kami nak panggil Kak Long atau Kak Yong tapi dia tak suka. Kakak ni bersuara lantang, paling suka ketawa kat rumah tu dialah..paling kuat sekali suara tu dialah, tapi kat sekolah pendiam. Itulah komen cikgu dia.



Ini anak kedua ku. Namanya Syazwi Salihin, berumur 6 tahun. Bersekolah di tadika Nur Ummi.Nama panggilan Anggah, Cikgu & kawan2 sekolah panggil Syazwi. Cita - cita besaaaaaar...nak jadi Angkasasawan..hahahaha sebut pun salah. Apa-apa pun aku tetap galakkan juga. Setiap pertanyaan nya mengenai angkasa kucuba juga carikan jawapannya. Angah suka sangat bertanya, mulut dia je becok bertanya itu ini..kadang2 tak larat nak jawab. Tapi itu bagus sebab dia nak develop pengetahuan dia.




Ini pula anakku nombor 3. Sufi Suhana namanya. Baru berusia 4 tahun. Perwatakannya sangat lasak. Kalau tiang buaian kat taman permainan tu selamba je dia panjat sampai atas dan tak takut. Anakku ini memang lasak sangat terutama masa dia berumur 3 tahun dahulu. Pantang buka pintu mesti dia nak keluar. Kalau dah keluar payah la pulak nak masuk. Kalau pergi ke pasaraya,...mmm tak tau la dah berapa kali hilang..jumpa..hilang.. jumpa. Tapi alhamdulillah jumpa balik lepas tu. Memang aku selalu risaukan Sufi ni pasal kelasakannya tu. Sekarang Alhamdulillah dah kurang sikit lasaknya, tapi suka pulak pukul kakak dan abangnya. Kadang-kadang baby pun jadi mangsa. Satu lagi kelebihan Sufi ni ialah dia cepat mengingat apa yang kita ajar. Masa umur 2 thn dah tahu sebut parts of body in English. mouth..eyes..nose. Semua dia dapat. Padahal kita tak ajar dia pun cuma selalu sebut-sebut pada dia, dan dengan sendiri dia akan sebut. Kalau ABC tu pun dia tak belajar dari kita, dia belajar dari VCD. Setiap kali lepas menonton (tapi banyak kali sampai satu hari je dah lingkup CD tu) terus dapat mengingat apa yg didengar & lihat tadi. Tahun depan (2010) dia akan masuk sekolah tadika 5 tahun.

Syahmiku