Khamis, 16 Julai 2009

Anak-anak ku yang tercinta


Anakku yang sulung..Siti Syuhaidah. Berumur 8 tahun, aku rasa dia lebih berminat belajar agama, jadi aku akan galakkan dia dan kalau boleh sampai jadi Ustazah ke. Jadi cikgu pun ok jugak pasal dia berminat macam tu. Bila bermain suka jadi Cikgu.

Gelaran dalam keluarga ialah Kakak, mula-mula kami nak panggil Kak Long atau Kak Yong tapi dia tak suka. Kakak ni bersuara lantang, paling suka ketawa kat rumah tu dialah..paling kuat sekali suara tu dialah, tapi kat sekolah pendiam. Itulah komen cikgu dia.



Ini anak kedua ku. Namanya Syazwi Salihin, berumur 6 tahun. Bersekolah di tadika Nur Ummi.Nama panggilan Anggah, Cikgu & kawan2 sekolah panggil Syazwi. Cita - cita besaaaaaar...nak jadi Angkasasawan..hahahaha sebut pun salah. Apa-apa pun aku tetap galakkan juga. Setiap pertanyaan nya mengenai angkasa kucuba juga carikan jawapannya. Angah suka sangat bertanya, mulut dia je becok bertanya itu ini..kadang2 tak larat nak jawab. Tapi itu bagus sebab dia nak develop pengetahuan dia.




Ini pula anakku nombor 3. Sufi Suhana namanya. Baru berusia 4 tahun. Perwatakannya sangat lasak. Kalau tiang buaian kat taman permainan tu selamba je dia panjat sampai atas dan tak takut. Anakku ini memang lasak sangat terutama masa dia berumur 3 tahun dahulu. Pantang buka pintu mesti dia nak keluar. Kalau dah keluar payah la pulak nak masuk. Kalau pergi ke pasaraya,...mmm tak tau la dah berapa kali hilang..jumpa..hilang.. jumpa. Tapi alhamdulillah jumpa balik lepas tu. Memang aku selalu risaukan Sufi ni pasal kelasakannya tu. Sekarang Alhamdulillah dah kurang sikit lasaknya, tapi suka pulak pukul kakak dan abangnya. Kadang-kadang baby pun jadi mangsa. Satu lagi kelebihan Sufi ni ialah dia cepat mengingat apa yang kita ajar. Masa umur 2 thn dah tahu sebut parts of body in English. mouth..eyes..nose. Semua dia dapat. Padahal kita tak ajar dia pun cuma selalu sebut-sebut pada dia, dan dengan sendiri dia akan sebut. Kalau ABC tu pun dia tak belajar dari kita, dia belajar dari VCD. Setiap kali lepas menonton (tapi banyak kali sampai satu hari je dah lingkup CD tu) terus dapat mengingat apa yg didengar & lihat tadi. Tahun depan (2010) dia akan masuk sekolah tadika 5 tahun.

2 ulasan:

  1. tak pa la wawa...ko dulu rock n rool ..anak ko biar la solehahhh....
    anak aku pon pelat...cm mana erk....ke kita ne pelat masa kecik...kira betul tak fakta tu???

    BalasPadam
  2. mmmm...anak aku Angah ni sblm & masa mula2 masuk sekolah banyak pelatnya & sukar difahami. Kemudian dlm 2-3 bulan tu terus pelatnya hilang & sekarang semua perkataan ok. Pengajarannya anak kita dah pelat jangan kita pun cakap pelat, kalau boleh kita betulkan percakapan dia tu. Baru dia boleh belajar bercakap guna perkataan yg betui.

    BalasPadam