Khamis, 23 Julai 2009
Beringat Selalu..
Aku belajar sesuatu hari ini. Sesuatu yang berkait rapat dengan peribadi seseorang. Bukan senang kita nak memberi kepuasaan kepada seseorang. Memerlukan penelitian & penghayatan yang extra dalam usaha untuk memenuhi standard tersebut. Tapi kadangkala kita terbabas juga kerana kita adalah manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan kerana kita adalah makhluk kerdil Yang Maha Esa. Walaubagaimanapun kita harus berusaha untuk memastikan setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah yang terbaik dari kita. Jangan kita anggap diri kita bagus. Walaupun kita tak melakukannya tapi jangan berkata "oh aku tidak melakukan ini, buat apa aku ambil peduli" jangan..jangan sesekali berkata begitu kerana kemudian hari kita tidak tahu samaada perkara tersebut akan berlaku pada kita. Sebaliknya kita harus berkata.."Oh..aku harus lebih berhati-hati supaya tidak berlaku perkara ini kepada ku..bagaimana aku dapat mengelaknya??" Tetapi ye la kitakan manusia segala kemungkinan ada, tapi orang yang meletakkan standard tu pun harus sedar dapatkah orang lain membuatnya sebagaimana yang aku mahukan ..mampukah mereka?? kerana kita adalah manusia bukan machine yang apabila diberikan arahan untuk keluarkan A akan keluarlah A..tapi kadang-kadang machine pun akan salah jika wayarnya short pula....
Ibu bapa, masyarakat mentor didik anak berbudi bahasa
bahasa
Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
GENERASI muda perlu dididik bukan saja cemerlang dari segi pendidikan juga kepentingan sahsiah diri.
Generasi muda perlu diajar adab bertutur sejak kecil BUKAN mudah mendidik insan menjadi santun, tidak semudah menyampaikan ilmu di dalam bilik kuliah. Kalaupun boleh diajar, ia tidak cukup sekadar memberitahu, tetapi mesti dibimbing dan dilatih selain memerhati dan menghayati budaya dan adab diamalkan orang sekeliling. Selain itu kehendak dan keinginan seseorang membina sahsiah diri akan memudahkan pembentukan akhlak mulia kerana perubahan yang berlaku kerana ikhtiar sendiri lebih bermakna berbanding usaha dilakukan orang lain.
Kita maklumi bahawa setiap ibu bapa mendidik anak sedari kecil menjadi orang yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Orang yang merendah diri dan berhemah tinggi lebih mudah membimbing anak menjadi insan yang luhur hatinya kerana proses tarbiyah itu berlaku bukan hanya secara lisan, tetapi juga berterusan kerana ibu bapa menjadi mentor yang paling dekat di hati anak untuk dicontohi. Teladan diperoleh sejak awal proses pentarbiayahan sangat memberi makna kepada ingatan anak. Kata-kata yang baik didengari dari ibu bapa menjadi ikutan yang sebati dalam diri mereka, sekali gus membina asas komunikasi yang lembut dan santun dalam diri seseorang. Begitu juga jika sebaliknya, sumpah seranah, umpat keji dan maki hamun yang menjadi 'ulam' bicara sejak anak mula mengenali dunia menjadikan mereka terikut dengan kata sedemikian, malah tidak pula merasai satu kehinaan apabila keaiban saudara mukmin yang lain dijadikan topik bicara, malah berbangga menjadi penyampai namimah, atau adu domba.
Perantaraan komunikasi yang tiada batasan pada hari ini memungkinkan banyak budaya dan adab bertutur kata boleh dicontohi. Sebaik-baik bicara dari lidah ibu bapa dan guru yang didengari secara langsung mendidik golongan pelajar mencontohi tutur bicara yang baik, tetapi ia tidak menjamin seseorang itu terus istiqamah dalam zon yang baik jika masyarakat atau orang sekeliling menunjukkan teladan kata yang tidak molek. Ia menjadi satu cabaran yang besar kepada setiap ibu bapa dan pendidik pada hari ini untuk menunjukkan teladan yang baik kerana pada masa sama segelintir pelajar atau golongan muda sangat mudah terpengaruh dengan budaya hidup samseng, pembawaan cara 'moden' yang mengikut arus, sehingga mengetepikan adab sopan dalam pergaulan dan perkataan. Hakikatnya, seseorang yang memahami ajaran Islam tidak akan menjadikan kemampuan 'berkata-kata' yang dianugerahkan Allah SWT untuk mencaci dan mencela orang lain. Bahkan mengerti bahawa perbuatan itu adalah satu bentuk kefasikan yang akan merosakkan peribadi seorang Muslim yang menghambakan diri kepada Allah SWT, sebagaimana hadis Rasulullah SAW disepakat yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud RA mafhumnya: "Mencela orang Muslim adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekufuran". Adat kebiasaan menjadikan manusia alah pada bisanya. Sesuatu perkara yang aneh akan menjadi biasa jika dilakukan setiap hari, begitu jugalah perbuatan keji dan tutur kata kotor. Allah tidak menyukai orang yang melakukan perbuatan keji dan berkata jelik kerana ia menggambarkan bahawa hati dan perasaan makhluknya tidak mendapat hidayah rabbaniyah yang sepatutnya terbenam di dalam benak setiap orang Islam.
Meneladani Rasulullah yang baik dalam perbuatan dan ungkapan tentulah idaman setiap umat baginda termasuk kita. Baginda tidak pernah menyakitkan hati orang lain ataupun mencemarkan kehormatannya dengan tutur kata yang tidak sopan walaupun terhadap musuhnya dan musuh Allah SWT. Ia sesuai dengan tujuan baginda diutuskan ke dunia, iaitu sebagai rahmat ke atas sekalian alam dan bukan sebaliknya. Anas bin Malik r.a mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah memaki hamun, berkata-kata kotor atau mengherdik. Ketika hendak menegur, Baginda hanya mengatakan "Semoga dia memperbanyakkan sujud." (Hadis Riwayat Bukhari) Bahkan Abu Hurairah RA pernah meminta Rasulullah melaknati orang Musyrik, tetapi Baginda Rasulullah menjawab yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus bukan sebagai pelaknat, tetapi aku diutus sebagai rahmat." (Hadis Riwayat Muslim) Generasi muda hari ini perlu disedarkan berlemah lembut sesama insan, sama ada dalam perlakuan atau perkataan supaya akhlak Islam tidak dipersenda dan ditertawa.
Penulis adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Rabu, 22 Julai 2009
Jumaat, 17 Julai 2009
Pesona Menyusui Anak
Fadilah Menyusui..
Rasulullah S.A.W bersabda,
"Apabila seorang wanita menyusui, maka setiap teguk daripada susunya, dia akan menerima pahala seakan-akan menghidupkan orang, dan apabila dia menyapih anaknya, maka para malaikat menepuk punggungnya dan berkata, "Selamat, semua dosamu yang telah lalu telah diampuni, sekarang mulailah lagi."
Khamis, 16 Julai 2009
Anak-anak ku yang tercinta

Anakku yang sulung..Siti Syuhaidah. Berumur 8 tahun, aku rasa dia lebih berminat belajar agama, jadi aku akan galakkan dia dan kalau boleh sampai jadi Ustazah ke. Jadi cikgu pun ok jugak pasal dia berminat macam tu. Bila bermain suka jadi Cikgu.
Gelaran dalam keluarga ialah Kakak, mula-mula kami nak panggil Kak Long atau Kak Yong tapi dia tak suka. Kakak ni bersuara lantang, paling suka ketawa kat rumah tu dialah..paling kuat sekali suara tu dialah, tapi kat sekolah pendiam. Itulah komen cikgu dia.
Ini anak kedua ku. Namanya Syazwi Salihin, berumur 6 tahun. Bersekolah di tadika Nur Ummi.Nama panggilan Anggah, Cikgu & kawan2 sekolah panggil Syazwi. Cita - cita besaaaaaar...nak jadi Angkasasawan..hahahaha sebut pun salah. Apa-apa pun aku tetap galakkan juga. Setiap pertanyaan nya mengenai angkasa kucuba juga carikan jawapannya. Angah suka sangat bertanya, mulut dia je becok bertanya itu ini..kadang2 tak larat nak jawab. Tapi itu bagus sebab dia nak develop pengetahuan dia.Ini pula anakku nombor 3. Sufi Suhana namanya. Baru berusia 4 tahun. Perwatakannya sangat lasak. Kalau tiang buaian kat taman permainan tu selamba je dia panjat sampai atas dan tak takut. Anakku ini memang lasak sangat terutama masa dia berumur 3 tahun dahulu. Pantang buka pintu mesti dia nak keluar. Kalau dah keluar payah la pulak nak masuk. Kalau pergi ke pasaraya,...mmm tak tau la dah berapa kali hilang..jumpa..hilang.. jumpa. Tapi al
hamdulillah jumpa balik lepas tu. Memang aku selalu risaukan Sufi ni pasal kelasakannya tu. Sekarang Alhamdulillah dah kurang sikit lasaknya, tapi suka pulak pukul kakak dan abangnya. Kadang-kadang baby pun jadi mangsa. Satu lagi kelebihan Sufi ni ialah dia cepat mengingat apa yang kita ajar. Masa umur 2 thn dah tahu sebut parts of body in English. mouth..eyes..nose. Semua dia dapat. Padahal kita tak ajar dia pun cuma selalu sebut-sebut pada dia, dan dengan sendiri dia akan sebut. Kalau ABC tu pun dia tak belajar dari kita, dia belajar dari VCD. Setiap kali lepas menonton (tapi banyak kali sampai satu hari je dah lingkup CD tu) terus dapat mengingat apa yg didengar & lihat tadi. Tahun depan (2010) dia akan masuk sekolah tadika 5 tahun.
Khamis, 5 Februari 2009
SYAHMI SOLID FOOD
Sabtu (10/1/09)
Genap 5 bulan dan 10 hari Ibu dah beri Syahmi makan. Makanan pertama Syahmi ialah bubur nasi. Ibu ikut cara Auntie Aisyah (kawan online Ibu) iaitu Ibu basuh dulu beras, keringkan dan baru Ibu blend. Masak ikut nak makan sahaja. So hari tu Ibu bagi Syahmi makan dalam pukul 4.00 petang. Boleh dikatakan licin tapi Ibu tak boleh kasi lebih-lebih kerana ini baru makanan pengenalan kepada Syahmi.
Ahad (11/1/09)
Hari ini juga Ibu beri Syahmi makan bubur yang sama seperti semalamnya..(disimpan dalam peti ais) Penerimaan Syahmi juga seperti semalam tidak menolak dan suka2 lagi. Kalau kita beri suap lambat2 kat mulutnya mesti Syahmi marah2. Sabar sayang...nanti tercekik pulak.
Malamnya pula Ibu sediakan bubur nasi untuk 3 hari berikutnay. (lebih baki beras yang ibu blend kering kelmarin). Kali ini Ibu masak lama sedikit. Dapatlah dalam 8 tiub (untuk 4 hari berikutnya)
Ibu intro nasi pada Syahmi 4 hari berturut2 tanpa lain2 makanan.
Isnin (12/1/09)
Ibu serahkan bubur tu pada Mak Ida & reaction dia macam terperanjat pulak. Ibu bekalkan 2 tiub (1 pagi & 1 petang). Susu BM pula ibu bekalkan 4 (3oz each). Bila Ibu balik dari opis saja terus Ibu tanya Opah bubur habis ke? Opah cakap licin dan susu ada extra satu. Alhamdulillah cukup bekalan.
Khamis (16/1/09)
Hari ini Ibu prepare bubur nasi + sayur bayam (2 tiub)
Sepanjang Ibu dah intro makanan pada Syahmi ni, Ibu dah beri Syahmi makan :
- Nasi - Carrot - Pear
- Oats - Kurma - Tauhu lembut
- Bayam - Apple

Langgan:
Catatan (Atom)